IZZAH NAJIHAH BINTI JA'FFAR
1130296
Isi kandungan
Bil.
|
Isi
kandungan
|
m/s
|
1
|
PENDAHULUAN
|
2
|
2
|
PENGENALAN
|
3-5
|
3
|
SUMBANGAN
|
6-7
|
4
|
PERGURUAN
|
8
|
5
|
PENGIKTIRAFAN
|
9
|
6
|
PENUTUP
|
10
|
7
|
RUJUKAN
|
11
|
8
|
LAMPIRAN
|
12-14
|
PENDAHULUAN
Alhamdulillah,kesyukuran
dipanjatkan kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk menghasilkan
portfolio ini bagi melengkapkan keperluan tugasan yang telah diberikan oleh
Guru Syahid selaku pensyarah silat bagi memenuhi keperluan pembelajaran
kokorikulum Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2013.
Berdasarkan
tajuk yang diberikan iaitu Tokoh Silat di Malaysia dapatlah saya membuat kajian
mengenai HJ Salleh bin Abd Karim yang merupakan tokoh Silat Sendeng
Malaysia.Beliau yang merupakan anak kelahiran Muar,Johor telah Berjaya
memberikan pelbagai sumbangan dalam mempertahankan bumi Melayu.Sikap dan
peribadi tokoh mampu untuk memberikan contoh yang terbaik kepada generasi muda
masa kini.
Seterusnya,saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Syahid dan Dr Nizam selaku
tenaga pendidik Persatuan Seni Silat Melayu di Universiti Sains Islam Malaysia
kerana telah banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam proses saya
menyiapkan portfolio ini.Ribuan terima kasih juga saya berikan kepada ahli
Persatuan Seni Silat Melayu di Universiti Sains Islam Malaysia juga kerana banyak
memberi sokongan dan berkongsi maklumat sepanjang tempoh tugasan ini berjalan.
Akhir
kata,besarlah harapan saya agar portfolio ini berjaya memberi manfaat serta
panduan kepada generasi muda masa kini dalam mengenali tokoh sejarah seni silat
di Malaysia.Sesungguhnya warisan budaya ini sangat penting untuk diamalkan bagi
mengekalkan keamanan negara.Semoga warisan seni ini dapat ditunjukkan ke mata
dunia.
Sekian
Terima Kasih.
PENGENALAN
SILAT SENDENG MALAYSIA
Seni silat sendeng
Malaysia sebelum ini dikenali sebagai
SENI SILAT SENDENG MUAR.Seni silat sendeng ini diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd
Hamid bin Hamzah di Sungai Mati,Muar.Pengertian sepintas lalu menurut ungkapan
‘seni silat sendeng’ adalah seperti berikut,’seni’ merupakan kehalusan
atau kelembutan gerak atau langkah yang
tersusun ketika menggayakan atau melakukan seni sesuatu pergerakan
jasmani.Manakala maksud perkataan ‘silat’ membawa erti ketangkasan pergerakan
jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada bermain secara tangan
kosong atau bersenjata.Seterusnya,’sendeng’ membawa maksud adunan teknik
pukulan dan tektik mengelak atau menyersng berposisi mengiring.
Walaubagaimanapun,perkataan ‘sendeng’
dari segi istilah perkataan terdiri
daripada dua sukukata yang dicantumkan iaitu ‘sen’ dan ‘deng’.Sen merupakan
singkatan daripada perkataan ‘senggam’ yang bermaksud kedudukan yang kukuh,kuat dan rapi.’Deng’
atau ‘Ding’ berasal daripada perkataan dinding iaitu merupakan tempat bertahan
, tembok atau tempat perlindungan Dari
sudut fizikal,kedudukan menyendeng ketika
menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian seperti muka,halkum ,dada,sudu
hati,rusuk,perut dan kemaluan.
Seterusnya,dari
sudut rohaniah pula kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman‘permainan jauh’dan
seandainya terkena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang
hendak ditujuinya seperti jantung,ulu
hati,dan kemaluan telah dilindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana
digalang oleh rahsia ‘Lam Alif ’ yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan
mengiring.Tambahan pula,turun naik yang menjadi panduan utama keberkesanan
‘permainan jauh’ itu sukar untuk dikesan.
Antara rukun atau dasar asas seni silat
sendeng Malaysia adalah;
·
Mentaati
perintah ALLAH dan Rasul serta anjuran
dan suruhan Nya malahan menghindari segenap larangan dan cegahan serta yang
dicela Nya.
·
Menyantuni kedua
ibu bapa ,guru-guru,jurulatih ,keluarga tua sebaya dan muda serta rakan
seperguruan.
·
Memelihara
maruah dan kehormatan seni silat sendeng Malaysia dan kerukunan hidup
kekeluargaan dan kemasyarakatan
·
Menjauhi sifat
takbur,ujub ,riak, hasad sesame insan dan menghindari dari pertelagahan sesame
seperguruan dan berlawan dengan orang lain melainkan dengan keadaan terdesak
dan tercabar
·
Menghormati
budaya silat melayu yang lain serta seni bela diri bangsa asing
Seni
silat sendeng yang diasakan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah merupakan
seni silat yang diperturunkan oleh Haji Salleh bin Abd Karim yang dikenali
sebagai Kiyai Salleh atau Panglima Salleh.Kiyai Salleh merupakan tokoh silat
sendeng yang sangat disegani dan perjuangannya masih mendapat perhatian
sehingga kini.
TOKOH SILAT SENDENG MALAYSIA BIOGRAFI
RINGKAS
Haji Salleh bin Abd
Karim atau lebih dikenali sebagai Kiyai Salleh mahupun
Panglima Salleh Selempang Merah atau
Penghulu Salleh merupakan tokoh seni
silat sendeng Malaysia.Sesetengah penduduk kampong menggelarkannya Salleh Hitam
atau Salleh Keling kerana warna kulitnya yang sedikit gelap
Beliau dilahirkan pada tahun 1916 di Tanjung
Olak Batu,Bukit Pasir ,Muar ,Johor.Beliau
menyunting HJH ESAH BIN HJ ABDUL RASHID sebagai isterinya yang berasal
dari Kayu Ara Pasong,Muar. Beliau memiliki darah keturunan banjar malahan
merupakan seorang tokoh yang sangat wara’.Penampilan yang sering ditonjolkan
oleh Kiyai Salleh adalah sangat bersederhana.
Beliau memiliki ilmu pengetahuan yang sangat
meluas dalam bidang agama dan ilmu
kepahlawanan hasil dari pengajiannya bersama guru-guru yang terkenal pada ketika itu seperti KIYAI
MUSTAHIR ,PAGOH, KIYAI ARSYAD AL BANJARI,HAJI HUSEIN,HAJI ADAM BIN SAMSU,HAJI
ALIAS dan HAJI ABDUL FADHIL BIN ABU BAKAR BANTEN.
Beliau merupakan tokoh yang sangat
disegani kerana beliau sangat membenci perbuatan khurafat sebagai contoh
penggunaan tangkal,bertapa di gunung mahupun gua dan lain-lain.Kiyai Salleh
meninggal dunia pada tanggal 21 April 1959 ketika berumur 43 tahun di Hospital
Besar Johor Bahru akibat penyakit
bengkak paru-paru .
SUMBANGAN
Kiyai Salleh berjaya
menyatupadukan dan memimpin penduduk
Melayu daerah Batu Pahat yang terdiri daripada pelbagai suku iaitu Banjar,Jawa,
Bugis serta Melayu bagi menentang MPAJA semasa zaman pemerintahan Jepun
sehingga zaman pentadbiran tentera British dan zaman darurat.
Sebelum ketibaan pihak British,MPAJA
atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga
yang menentang pemerintahan Jepun dibawah payung Parti Komunis Malaya
telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam
terhadap orang-orang yang dianggap bek
erjasama dengan Jepun.Mereka menghukum sesiapa sahaja yang dianggap
bersalah dengan mengikut undang-undang mereka di mana berlaku perbicaraan di dalam
mahkamah yang dipanggil mahkamah rakyat
di dalam hutan.Kebiasaanya setiap individu yang dibicarakan akan dijatuhkan
hukuman mati.
Kiyai Salleh telah dipilih untuk memimpin
pakatan setelah Parti Komunis Malaya mula berleluasa di kawasan Batu Pahat dan
Muar di Johor. Pemilihan Kiyai Salleh sebagai pemimpin pakatan adalah kerana ketokohan serta kehandalan
Kiyai Salleh dalam seni mempertahankan diri.Masyarakat juga pada ketika itu
tidak mempunyai sebarang senjata api untuk mempertahankan diri masing-masing.Bintang Tiga telah memperkenalkan beberapa
peraturan bagi menindas penduduk setempat .
Antara peraturan yang ditetapkan adalah:
- · Mengutip wang cukai daripada penduduk Batu Pahat yang terdiri daripada kaum Melayu,Cina dan India dalam kadaran yang tinggi.
- · Memaksa penduduk tempatan menyerahkan hasil tuaian kepada MPAJA.
- · Merompak hasil tanaman,tuaian dan ternakan penduduk kampung.
- · Menculik wanita muda tidak kira anak dara,janda mahupun isteri bagi dijadikan sebagai anggota komunis serta penggalak zuriat.
- · Memaksa penduduk tempatan menyertai MPAJA tanpa alasan
- · Menyerang kampung dan membunuh orang awam yang tidak berdosa.
- · Mengadakan mahkamah rakyat yang tidak adil dalam melaksanakan hukuman.
- · Melarang umat islam melaksanakan solat secara berjemaah dengan alasan membuang masa.
Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak MPAJA telah membangkitkan kemarahan
penduduk Batu Pahat sehingga
berlaku serangan terhadap kubu-kubu
askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam,Parit Sulong,Parit Lubok
,Semerah,Kangkar Senanga dan Ayer Kuning ,Bakri ,Muar dengan hanya
bersenjatakan parang dan amalan Ayat Empat.Pasukan dibawah pimpinan Kiyai
Salleh terkenal dengan panggilan tentera Palang Panjang dan Selempang
Merah.Selempang Merah diambil bersempena kain selendang berwarna merah yang
dibekalkan kepada setiap orang ketika berhadapan dengan musuh.
PERGURUAN
Kiyai Salleh telah mengambil Almarhum Haji Hamid sebagai murid setelah
disuruh nya mengerjakan kebunnya selama 6 bulan.Setelah berakhir tempoh 6 bulan
barulah Kiyai Salleh memperturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan kepahlawanan kepada Haji Hamid.Haji Hamid
telah berguru dan tinggal bersama Kiyai Salleh selama 3 tahun iaitu dari 1946
sehingga 1949.Pada ketika itu Haji Hamid berusia 19 tahun.
Hj Hamid telah dikhatamkan oleh Kiyai Salleh
di dalam kelambu bagi mengelakkan dari dilihat oleh anak muridnya yang lain.Hj
Hamid telah diuji dengan pelbagai ujian oleh Kiyai Salleh bagi memastikan Haji
Hamid layak untuk dikhatamkan.
PENGIKTIRAFAN
Kebawah duli Sultan Johor Almarhum Sultan
Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah mengiktiraf
keberanian dan kegagahan Kiyai Salleh.Baginda telah bertitah pada 26
disember 1945 bahawa Kiyai Salleh adalah Panglima Melayu.Semenjak dari itu
Kiyai Salleh digelar Panglima Salleh.
PENUTUP
Kiyai Salleh telah Berjaya menyekat aktiviti
askar Bintang Tiga pada masa itu sehinggalah pihak BRITISH kembali menjajah
Tanah Melayu.Kehebatan ilmu kebatinan Kiyai Salleh digeruni oleh Askar Bintang Tiga.Walhal jumlah pengikut
Kiyai Salleh pada ketika itu dianggarkan hanya berjumlah seratus orang sahaja.
Perjuangan Kiyai Salleh amat dikagumi
sehingga masih menjadi sebutan masyarakat masa kni terutamanya dari kalangan
remaja.Seni silat yang dipeturunkan oleh Kiyai Salleh banyak membantu masyarakat dalam mempertahankan diri.Mahupun
begitu,seni silat bukanlah suatu cara untuk menimbulkan persengketaan mahupun
pergaduhan sesame manusia.
Kiyai Salleh telah menggambarkan sikap
kesederhanaan dalam setiap perkara yang dilakukannya sehingga beliau menjadi
idola pencinta seni silat sendeng Malaysia.Beliau membuktikan bukan hanya ilmu
kepahlawanan yang menjadi asas kepentingan bagi mengamalkan seni mempertahankan
diri ini akan tetapi ilmu kerohanian
juga penting sebagai salah satu aspek keseimbangan.
RUJUKAN
1.
PERTUBUHAN SENI
SILAT SENDENG MALAYSIA .2008 . http://sendengmalaysia.blogspot.com/2008/01/haji-salleh-abd-karim.html.
27
september 2013.
LAMPIRAN
ALLAHYARHAM HAJI SALLEH
BIN ABD KARIM
ANAK DIDIK KIYAI
SALLEH:HJ ABD HAMID BIN HAMZAH
http://pusatcemerlangsilat.com/
No comments:
Post a Comment